Monday, December 3, 2007

sejarah gdw

Mukim Parit Bakar pada peringkat awal sejarah sekitar tahun 1640an merupakan sebahagian daripada lokasi jajahan yang terdapat di negeri Johor dan dikenali sebagai ‘PADANG’ cukup unik dengan kekayaan hasil mahsulnya. Catatan sejarah oleh Tun Seri Lanang di dalam Sejarah Melayu, Orangkaya Abu Bakar Bin Bedu dari Kg. Tengah Lantapuri, Padang, Hj. Abdul Majid Bin Sidik dalam salasilah Daing Ahmad Batu Pahat, Dato’ Hj. Abdul Rahman Bin Mohamad Yassin serta anaknya Allahyarham Tun Dr. Ismail dalam buku catatan masing-masing menyatakan bahawa Jajahan Padang terletak di bahagian pantai barat Daerah Muar, keadaannya terbentang luas di atas daratan yang rendah dan rata serta lapang. Keluasan Jajahan Padang dari Parit Perupok hingga ke Parit Jawa adalah sejauh 13 km dan lebarnya antara 5 ke 6 km.

Konsep Jajahan Padang ini semakin mengalami perubahan dari masa ke semasa. Di zaman pengaruh Belanda (1641 – 1825), Jajahan Padang bermula dari Parit Perupok hingga ke Parit Pinang Seribu sahaja. Sebaliknya, semasa di zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar (1863-1895), Jajahan Padang sehingga ke kawasan Sungai Balang.

Mukim Parit Bakar merupakan salah sebuah daripada 17 buah mukim yang terdapat di dalam Daerah Muar. Ianya berkedudukan di dalam peta dunia pada:-

Latitud : 2Longitud : 102.6(Decimal degrees)Latitude (DMS) : 2° 0' 0 NLongitude (DMS) : 102° 35' 60 E(Degrees, minutes and seconds)- sumber : Http:// Traveljournals.net
Menganjur ke sebelah utara mukim ini adalah Mukim Bandar manakala di sebelah timur terletaknya Mukim Bakri. Di bahagian selatannya pula ialah Mukim Pt. Jawa. Jarak mukim ini dari Bandar Muar adalah 10 kilometer. Arus pembangunan negara yang pesat tidak meminggirkan mukim ini dari turut menikmatinya. Kemudahan infrastruktur di mukim ini memuaskan setanding dengan kampung-kampung di pinggiran bandar yang lainnya.

PROFAIL MUKIM PARIT BAKAR
Mukim Pt. Bakar terdiri daripada 5 buah kampung induk yang masih mengekalkan ciri-ciri kampung tradisional Melayu. Kampung-kampung tersebut adalah:-
• Kampung Parit Raja
• Kampung Parit Amal
• Kampung Parit Amat
• Kampung Parit Unas
• Kampung Parit Pinang Seribu


SEJARAH KAMPUNG PARIT AMAT.

Gerakan Daya Wawasan Kampung Parit Amat telah dilancarkan pada bulan Jun tahun 1999 iaitu hasil kerjasama diantara pihak KEMAS dengan JKKK Kg. Parit Bakar (3). Rangkaian kampung yang terlibat ialah Kg. Parit Bakar Jalan Joned / Jalan Abd. Rahman, Kg. Parit Asam Kumbang Jalan Joned, Kg. Parit Amat Jalan Joned / Jalan Abd. Rahman dan Kg. Parit Payung Jalan Joned / Jalan Abd. Rahman. Walaupun Kg. Parit Bakar (3) ini merangkumi kawasan dari tepi pantai hingga ke darat (Bukit), namun lokasi yang terlibat dengan Gerakan Daya Wawasan hanyalah merangkumi kawasan empat persegi iaitu Kawasan Jalan Abd. Rahman dan Jalan Joned sahaja.

Dalam kawasan ini terdapat penempatan yang berbeza dengan kawasan JKKK Parit Bakar (3) dimana hanya terdapat sebuah Masjid, sebuah surau, sebuah Madrasah, sebuah Klinik Desa, sebuah bangunan persatuan Nelayan Kawasan Muar, sebuah Balai orang ramai, sebuah balai TBK (KEMAS/Nelayan), sebuah padang Bola berastaka, dua buah gelanggang badminton, dua buah tanah wakaf islam, dan sebuah pengusaha perabot. Manakala jumlah bilangan rumah adalah sebanyak 144 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 1237 orang dimana bangsa Mleayu seramai 623 orang manakala Cina seramai 614 orang. Kawasan yang terlibat dengan Gerakan Daya Wawasan adalah seperti dikepilkan dibawah ini :

PELAN LOKASI GERAKAN DAYA WAWASAN
KAMPONG PARIT AMAT LAUT MUAR JOHOR